Wednesday, February 11, 2009
Remaja hari ini masih ingin mengekalkan budaya warisan bangsa Melayu mereka. Berikan pendapat kamu .
Budaya itu merupakan kata jamak bagi budi pekerti dan akal . Namun , remaja hari ini masih ingin mengekalkan busaya warisan melayu kerana budaya itu bermaksud perkataan sankrit budaya yang merupakan perkataan buddhi yang bermaksud budi pekerti dan akal . Secara amnya ia membicangkan hal-hal manusia.
Warisan pula merupaka peninggalan yang diturunkan daripada generasi yang terdahulu sesebuah bangsa . Peninggalan seperti harta , peninggalan , harta atau pusaka .
Budaya boleh dikaitkan dengan pelbagai macam . Seperti Seni , peradaban dan bahasa . Ia mempunyai berlainan maksud dan cara-caranya . Untuk seni , ia boleh menjadi tarian tradisional dan textil seperti songket , batik dan lain-lain lagi .
Tarian , seperti Zapin adalah sala satu bentuk tarian pergaulan melayu yang masih popular dikalangan remaja . Zapin mempunyai maksud iaitu perkataan zapin berasa dari kata al-zaffan yang bermaksud gerak kaki . Bagi textil seperti songket dan batik , ia digunakan oleh orang melayu kebanyakannya sebab kain batik mempunyai corak-corak yang berlainan yang menarik . Bentuk-bentuk itu mempunyai motif disebaliknya . Ia mempunyai dua motif iaitu , Motif organik dan Motif geometrik.
Peradaban pula orang melayu kita masa kini masih lagi melakukan peradaban yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita pada zaman dahulu . Peradaban yang masih lagi dilakukan ialah salam-bersalaman . Adab ini dilakukan apabila kita menegur seseorang yang kita kenal ia juga boleh dikatakan seperti bercakap helo ia juga adalah satu perbuatan untuk menghormati kaum islam . Peradaban ini juga harus dibuat dengan ikhlas. Menghoramati ialah sesuatu yang penting sekali dalam hidup kita kerana hormat-menghormati adalah tabiat yang selalu dilihat orang . Hormat selalunya harus dilakukan ke semua insan .
Bahasa sehingga kini , sering dikaitkan dengan bahasa berbungga , kata-kata hikmah dan pantun . Bahasa sering juga dikaitkan disekolah . Guru bahasa akan mengajar bukan sahaja subjek-subjek tertentu tetapi akan juga mengetengahkan Budaya kita.
Pada pendapat saya , ini adalah satu aktiviti yang berguna kerana ia akan mengisi pengetahuan kita tentang budaya . Selain itu , murid-murid akan mempelajari lebih tentang budaya dari apa yang diketehui sebelum ini .
( 339 perkataan )
Tuesday, January 27, 2009
ERTI PERSAHABATAN.
Sahabat adalah seorang yang akan membantu kita apabila kita dalam kesusahan dan akan menasihati kita apabila kita di dalam kejadian keliru untuk membuat keputusan. Sahabat juga adalah seseorang yang kita boleh bergantung sebagai keluarga kita.
Aku mempunyai tiga orang kawan rapat sejak tiga tahun yang lalu . Mereka adalah Cha , Ayin dan Myra . Cha dan aku telahpun rapat sejak kami menengah satu . Kami sudah mengenali sejak kami berada di tigkatan enam sewaktu sekolah rendah dahulu . Tetapi , entah apa sebabnya , kami tidak suka satu sama lain . Mungkin kerana tingkah laku kami ataupun sesuatu yang tidak menyenangkan mata kami . Akhirnya , kami telah menjadi kawan rapat sehingga kini . Ayin pula kita mula rapat apabila beliau mempunyai masalah keluarga dan tiada tempat tinggal untuk sementara lalu aku menjemputnya datAng ke rumah aku untuk bermalam. Sejak itu , kita mula rapat sehingga kini . Bagi kawan aku yang lagi satu , myra , aku tidak tahu bagaimana aku boleh rapat dengan dia. Sesungguhnya , aku amat berbesaR hati kerana mempunyai rakan seperti mereka .
Rakan mempunyai pelbagai cara yang sama dan lain . Ego adalah perkataan yang tepat . Cha adalah seorang yang garang dalam segi benda-benda yang tidak memberikan faedah . Beliau juga adalah kawan aku yang boleh dipercayai dan akan menolong apabila aku dalam kesusahan . Ayin juga sama seperti cha . Tetapi ayin orangnya sungguh lemah dalam segi mengatasi masalah hanya rakan-rakannya akan dapat membantuNya. Buat myra pula , dia adalah seorang kawan yang baik dan akan menolong rakannya dalam pelajaran . Rakan seperti mereka , akan aku simpan kerana mereka tahu menghargai rakan .
Aku pernah mengalami satu masalah apabila aku menghilang rakan karib ku yang amat aku sayangi . Iaitu nisa . Sekarang kita telah menjadi musuh oleh kerana ego nya yang tinggi itu . Aku tidak mahu menceritakan kesemuanya . Tetapi aku dapat melihat bahawa beliau hanya mahu berkawan dengan orang yang banyak duit sahaja .
Sehingga kini , aku serik untuk mencari kawan baru untuk dijadikan kawan rapat . Cha , ayin dan myra akan selalu diingati aku sehingga bila-bila kerana merekalAh yang telah menolong aku disaat aku dalam kesusahan .
363 PERKATAAN.
Tuesday, August 12, 2008
Cara-cara menjadi pengguna internet yang bertanggungjawab
Pada zaman moden kini, pelbagai macam boleh dilakukan melalui internet. Seperti bersembang melalui internet, menerima virus, muat turun video-video lucah, lagu yang tidak mempunyai lesen dan sebagainya. Tetapi, saya akan menrangkan dengan lebih lanjut lagi tentang bersembang melalui komputer.
Para remaja ataupun dewasa, sering munggunakan program 'Windows Live Messenger' yang dikenali ramai melalui nama 'MSN chat'. Program ini, boleh dipergunakan dengan bersembang bersama rakan-rakan, saudara-mara dan sebagainya. Tidak kira lah beliau berada di negara yang sama ataupun lain. Program 'MSN' ini sungguh menarik. Saya sendiri menggunakanya. Untuk meneruskan persembangan di internet ini, harus mempunyai modem ataupun talian.
Dari pengalaman saya, 'MSN' ini ada risikonya. Seperti orang akan mengundang kita kedalam satu perbualan yang mempunyai lebih dari dua orang dan mula berbual perbualan yang kotor , tidak senonoh , menyebarkan virus dan sebagainya. Selain itu , program ini juga dapat melalaikan kita jikalau terlalu kusyuk bersembang bersama rakan atau saudara di hadapan komputer untuk berjam-jam, ia juga boleh merosakan komputer jikalau kita lalai untuk selidik dengan apa yang sesorang disana mengahantar kita . Kadang-kala ia mempunyai virus.
Itu adalah coretan negatif tentang program ini, Sebaliknya tentang coretan positifnya pula ialah jikalau kita hendak menggunakannya dengan selamat , bertanggungjawab , ceria dan mesra bersembang dengan rakan-rakan anda ialah , jangan cuba untuk 'HACK' kedalam akaun seseorang yang tidak dimiliki kita. 'HACK' itu ialah perkataan daripada inggeris. Melayunya ialah mencerobohi akaun seseorang tanpa izin. Selain daripada dua faktor ini, untuk menyeronokkan persembangan tersebut ialah tanpa menghantar sesuatu yang boleh mengakibatkan virus dan lain-lain.
Untuk menjadi pengguna yang bertanggung jawab ialah jangan sekali-kalui cuba untuk menjatuhkan reputasi seseorang ataupun program yang digunnakan, memuat turun sesuatu yang mempunyai hak cipta dan bukan yang cetak rompak yang digelarkan ' underground '. Jikalau seseorang itu sala gunakan program tersebut, orang itu mungkin akan didenda penjara ataupun saman ataupun kedua-duanya. Gunalah program tersebut dengan betul tanpa digelar 'penyalah guaan awam'. :D
312 perkataan
Friday, July 25, 2008
Permainan ini dikenali sebagai sepak bulu ayam ,sebuyam atau chapteh. Dimainkan di luar rumah oleh kanak-kanak lelaki seramai dua atau lebih pada zaman kampung dahulu. Jika terdapat ramai yang bermain, kumpulan dengan terdiri beberapa orang boleh dibentuk.
Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga.
Cara-cara bermain chapteh ialah antara beberapa orang yang hendak memainkan chapteh ini , harus membuat bentuk bulat lalu, salah seorang daripada mereka akan memulai sepakkan pertama. Kemudian, ia akan berlangsung seperti apa yang dilakukan si pemain yang pertama. Siapa yang gagal menyepak, akan kalah dan dikeluarkan pada pusingan itu .