<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7663792382520195383\x26blogName\x3dbb2008lynn\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bb2008lynn.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bb2008lynn.blogspot.com/\x26vt\x3d4348116277226003688', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
bb2008lynn @blogspot.com ♥
Friday, July 25, 2008



Sumber video :http://www.youtube.com/watch?v=LLbHgsQGINg



Sumber video : http://www.youtube.com/watch?v=Ag0k1gr_MVY




Permainan ini dikenali sebagai sepak bulu ayam ,sebuyam atau chapteh. Dimainkan di luar rumah oleh kanak-kanak lelaki seramai dua atau lebih pada zaman kampung dahulu. Jika terdapat ramai yang bermain, kumpulan dengan terdiri beberapa orang boleh dibentuk.
Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga.

Cara-cara bermain chapteh ialah antara beberapa orang yang hendak memainkan chapteh ini , harus membuat bentuk bulat lalu, salah seorang daripada mereka akan memulai sepakkan pertama. Kemudian, ia akan berlangsung seperti apa yang dilakukan si pemain yang pertama. Siapa yang gagal menyepak, akan kalah dan dikeluarkan pada pusingan itu .
sumber gambar : http://www.flickr.com/photos/7yearslater/531681896/

Bentuk jenis wau ini menyerupai buLan sabit pada bahagian hadapan dan separuh bulatan pada bahagian ekornya. Selain itu, wau tersebut kelihatan seperti bulan yang terbit di angkasa apabila diterbangkan.Dari segi saiznya, wau bulan dibentuk dengan saiz yang lebih besar berbanding wau lain. Bidang biasa adalah sepanjang 2.5 meter dengan tinggi 3.5 meter. Untuk memastikan corak yang terdapat pada wau tersebut kelihatan lebih jelas dan menyerlah. Bagi menjelaskan daya tarikan jenis wau ini, pemilihan warna yang terang dan corak yang lebih besar menjadi pilihan si pembuat. Pelbagai wau yang dicipta. Selain daripada wau bulan , wau mempunyai pelbagai jenis seperti wau burung, wau pari , wau katak, wau bayan, wau merak, wau kuching, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau wau barat. Tetapi wau bulan digemari ramai .

Cara-cara bermain wau ialah ia memerlukan dua orang untuk bermain wau kerana seorang daripada mereka harus memegang tali wau tersebut dipanggil juru anjung. Apabila angin ditiup, wau harus di lepaskan dan melayangkan mengikut arah angin yang ditiup ia juga boleh dikatakan melawan angin. dengan menarik talinya sehingga ia terbang setinggi-tingginya. Apabila ia diterbangkan setinggi-tingginya, malah ia akan menjadi lebih menarik dengan warna dan corakkannya.

Maaf gambar wau-wau yang di namakan tidak dapat di cari di lelaman.
Thursday, July 24, 2008

Congkak merupakan permainan yang memerlukan dua orang. Permainan ini juga sering di perkenalakan kepada orang-orang yang berbangsa lain. Seperti hari kelmarin, sekolah kami mengadakan hari kaum bangsa dan saya bersama rakan-rakan, telah di beri tugasaan untuk menjaga gerai congkak. Sungguh menarik. Ramai orang yang berbangsa cina datang ke gerai kami untuk menyuba bermain congkak. Cara-cara bermain congkak agak senang. Cara-caranya ialah harus ada 7 goli didalam satu lubang . Kemudian, pada permulaannya, kedua-dua pemain harus bermula dengan masa yang sama. Lalu akan menunggu pemain lagi satu untuk mati . Lalu, itulah masa untuk pemain lagi satu bermula dengan cara biasa. Pada akhirnya, apabila menentukan siapa yang menang pusingan itu , mereka harus mengira goli-goli yang telah dikumpulkan di 'rumah' mereka.
Wednesday, July 23, 2008

CARA BERMAIN PERMAINAN GASINGKaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum tahun 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza.Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing. Dalam permainan gasing langkah - langkah yang paling ada bagi setiap pemain untuk bermain gasing ialah:-1. Melilit Tali2. Melilit Gasing3. Memusing Gasing4. Memangkah Gasing5. Mengangkat GasingMelilit Tali Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking. Kedua - dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan llilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri manakala bagi pemain gasing uri Kelantan mereka tidak melilit tali sendiri, tetapi lilitan dibuat oleh orang lain dan setelah kemas barulah pemain mengambilnya.-Rajah menunjukkan cara memasukkan cecincin pangkal tali gasing ke jari kelingking-Rajah menunjukkan cara tali dililit pada pangkal tali gasing di pergelangan tanganKaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengankat atau menegak uri.Melilit GasingTerdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit disekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradidional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji dibahagian bahu gasing.Ibu jari tangan kiri menekan rambu tali gasing pada leher gasingCara melilit tali pada gasing lilitan ketigaCara memegang gasing sebelum dililit dengan taliLilitan permulaan bagi gasingLilitan separuh bahu gasingLilitan gasing penuhUntuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua orang.Memusing GasingTerdapat berbagai - bagai gaya dalam memusing gasing, memusing mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap.Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat Gambarajah di bawah ditunjukkan cara melakukan teknik pusingan sorong tarik.Langkah awal pemain semasa hendak memusingkan gasing mengikut cara pusing sorong tarikGasing dihayunkan dengan kedudukan kira-kira 45 darjah daripada kaki kiriGasing terus dihayunkan untuk dicampakkanBagi pusingan sentap(rujuk gambarajah di bawah), gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat.Gasing diangkat paras bahu sebelum dilepaskanMemangkah GasingMemangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.Cara melakukan pangkah totok. Pangkah dilakukan dari jarak dekat supaya mengenai sasaran.Gasing dilepaskan ke arah lawan dengan cara pangkah totok.Pangkah totok.Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.Pangkah hentakUntuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan.Kaedah melakukan pangkah hentak. Kedudukan gasing yang tinggi memberikan kekuatan pada gasing untuk menghentak gasing lawan.Pangkah layangKedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing.Gasing dipegang lebih tinggi dari paras kepala apabila hendak melakukan pangkah layangPemain mengimbangkan badan untuk melakukan pangkah layangGasing pemangkah ditujukan pada bahu gasing pemusingKaedah melakukan pangkah terbang;badan dibongkokkan sedikit dan gasing dihayun ke belakang pada paras bahu.Pemain menggunakan cara pangkah tebang untuk memangkah labu gasing pemusing.Pangkah tebangPangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.Mengangkat GasingSetelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi.Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan pusingan gasing.






sumber gambar-gambar : shw.fotopages.com/14068240/An-iron-rod-sclupt... , kelantan-in-heritage.blogspot.com/2007_02_04_... , malaysiana.pnm.my/03/0314wau_gal.htm , zamhi34.blogspot.com/


Ini adalah sala satu juga permainan tradisional ia itu dinamakan wau . Pelbagai nama yang ada untuk wau-wau ini. Ada yang dinamakan Wau Bulan , Wau Kucing ( rujuk ke gambar) , wau payung dan sebagainya.



http://www.scribd.com/doc/2547106/PERMAINAN-WAU

Tentang wau boleh didapatkan di lelaman ini dengan lebih lanjut lagi.










sumber gambar : malaysiana.pnm.my/03/0314wau_gal.htm


Batu seremban adalah permainan tradisional yang sesuai untuk lelaki ataupun perempuan. Permainan ini juga senang. Ia hanya mempunyai 3 batu. Cara-cara bermain ialah. Melempar kelima-lima batu seremban itu lalu mengutip sala satu batu itu dan mula melambung batu yang di pilih sementara cuba untuk mendapatkan lagi 1 batu dan seterusnya hingga apabila keempat-empat batu telah di kutip. itu adalah tahap kesatu.
tahap kedua pula sama seperti batu satu tetapi 2 batu harus dikutip pada masa yang sama apabila melambung batu seremban itu.
tahap ketiga pula melabungkan batu yang sedang berada di tangan lalu cuba mengutip 3 batu dahulu lalu mengutip 1 batu yang ada itu.
namun, itu sahaja yang saya tahu tentang permainan ini . =)
sumber : http://images.google.com.sg/imgres?imgurl=http://store.museumshop.com.sg/images/TRADITIONAL%2520TOY(FIVE%2520STONES).jpg&imgrefurl=http://bb2008-doubletrouble.blogspot.com/2008/07/batu-seremban.html&h=400&w=300&sz=21&hl=ms&start=8&um=1&tbnid=tGHCco-ulxJvrM:&tbnh=124&tbnw=93&prev=/images%3Fq%3Dbatu%2Bseremban%26um%3D1%26hl%3Dms
Tuesday, July 22, 2008


Teng Teng adalah sejenis permainan kanak-kanak dengan cara lompatan satu kaki dan dua kaki. Permainan ini lebih disukai oleh kanak-kanak perempuan dari lelaki . Teng Teng memerlukan tempat yang rata yang dilukiskan garisan berpetak seperti tangga dengan 10 kotak yang harus di lukiskan seperti tangga 1, 2 dan 3 ialah kotak yang di hempapkan. manakala 4 dan 5 dilukiskan bersebelahan tangga 6 pula dihempapkan nombor 7 dan 8 yang di lukiskan bersebelahan tannga 9 pula dihempapkan dengan kotak semi bulat yang boleh dinamakan apa-apa saja seperti rumah ataupun 10. Permainan ini adalah permainan tradisional yang sangat digemari ramai pada zaman dahulu. Alat yang di perlukan cuma benda yang boleh dilempar kepada teng-teng itu.
sumber : http://images.google.com.sg/imgres?imgurl=http://stencilease.com/gif/CC0300detail.jpg&imgrefurl=http://www.stylehive.com/bookmark/Stencils--Playground--Hopscotch-Stencils-326008&h=600&w=450&sz=174&hl=ms&start=77&um=1&tbnid=InJwMKfXyCk8vM:&tbnh=135&tbnw=101&prev=/images%3Fq%3Dhopscotch%26start%3D63%26ndsp%3D21%26um%3D1%26hl%3Dms%26sa%3DN
Tuesday, July 8, 2008

Pada hari ini, Cikgu menyuruh kami menyertai pertandingan Blogging.
Saya amat suka dengan tema terbaru MOE kerana mengunakan komputer untok u=membuat kerja rumah. Tema untuk pertandingan ini pula tentang Permainan Tradisional 2008. Mungkin ini boleh membuat para pelajar membuat ulang kaji tantang permainan-permainan tradisonal dan ini juga akan membuat pelajar berkaum lain mengetahui tentang permainan kaum kita pada masa dahulu hingga kini. Tugassan kami pula berakhir satu buan dari sekarang. Selama sebulan ini, kami harus pos 12 entri tentang permainan tradisional. Guru-guru melayu telah memberi tips untuk menyelesaikan projek tersebut melalui internet ataupun buku-buku daripada perpustakaan.
Permainan yang akan saya fokus ialah permainan congkak, batu seremban dan chapteh.





♥ July 2008
♥ August 2008
♥ January 2009
♥ February 2009