<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7663792382520195383?origin\x3dhttp://bb2008lynn.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
bb2008lynn @blogspot.com ♥
Friday, July 25, 2008

Bentuk jenis wau ini menyerupai buLan sabit pada bahagian hadapan dan separuh bulatan pada bahagian ekornya. Selain itu, wau tersebut kelihatan seperti bulan yang terbit di angkasa apabila diterbangkan.Dari segi saiznya, wau bulan dibentuk dengan saiz yang lebih besar berbanding wau lain. Bidang biasa adalah sepanjang 2.5 meter dengan tinggi 3.5 meter. Untuk memastikan corak yang terdapat pada wau tersebut kelihatan lebih jelas dan menyerlah. Bagi menjelaskan daya tarikan jenis wau ini, pemilihan warna yang terang dan corak yang lebih besar menjadi pilihan si pembuat. Pelbagai wau yang dicipta. Selain daripada wau bulan , wau mempunyai pelbagai jenis seperti wau burung, wau pari , wau katak, wau bayan, wau merak, wau kuching, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau wau barat. Tetapi wau bulan digemari ramai .

Cara-cara bermain wau ialah ia memerlukan dua orang untuk bermain wau kerana seorang daripada mereka harus memegang tali wau tersebut dipanggil juru anjung. Apabila angin ditiup, wau harus di lepaskan dan melayangkan mengikut arah angin yang ditiup ia juga boleh dikatakan melawan angin. dengan menarik talinya sehingga ia terbang setinggi-tingginya. Apabila ia diterbangkan setinggi-tingginya, malah ia akan menjadi lebih menarik dengan warna dan corakkannya.

Maaf gambar wau-wau yang di namakan tidak dapat di cari di lelaman.





♥ July 2008
♥ August 2008
♥ January 2009
♥ February 2009